Monday, 6 February 2012

Kawan.......

Kepada junior haku yang penah mengadu kat aku : "Hadi,aku kecik hati la dengan depa..dulu aku ajak p mana semua depa ikot,depa ajak aku p mana-mana pun aku ikot..tapi sekarang,aku ajak,depa bagi macam-macam alasan."

Adakah kamu tahu wahai she-should-not-be-named, apakah faedahnya bersahabat ramai selain dari apa yang pernah aku berleter fasal "k-a-w-a-n" dulu??



Dan kepada yang seorang lagi,terima kasih menghargai aku.. Aku seronok bila dapat membuat hampa senyum bila hampa dilanda gundah gulana..sekurang-kurangnya tersejat la sikit beban di palung hati..huhu..

Dalam perkataan 'Persahabatan' terkandung dan tersiratnya makna kesetiaan,kepercayaan,penghargaan,kasih sayang dan pelbagai lagi yang perlu diolah oleh insan yang sedang menuju kedewasaan.

Friday, 20 January 2012

Kembali Merindu ( 1 - 3 )


Chapter 1


"Boleh saya duduk disini" Tersentak aku dari lamunan sejak tadi. "mamat manalah pulak ni"bisikku dalam hati.Lalu aku memandang keadaan sekeliling McDonald ni.Tempat ni memang selalu sesak.lebih-lebih lagi time lunch macam ni.Tiada lagi tempat lain yang kosong.


"Err duduklah.Takde orang kat situ" Lelaki tadi meletakkan tray nya yang berisi Fries dan aiskrim sundae je.Peliknya mamat ni makan.Kenapalah benda macam ni boleh terjadi kat aku hari ni.Ni semua Ann punya pasalla.Elok-elok ajak aku lunch,tetiba cancel plak." gumamku dalam hati.


"Saya Izwan.Saudari?" tiba-tiba lelaki di hadapanku ini berbicara. Terkejut jugak aku,tapi kenala kontrol ayu. "Saya Azhani.Kawan-kawan panggil Hani je." Lancar je aku membalas.Pelik jugak aku.Selalunya aku ni sombong sikit dengan budak-budak lelaki ni.Lebih-lebih lagi dengan lelaki tak dikenali.Tapi hari ni lain pulak.Mungkin sebab lelaki ni nampak sopan dan handsome.Handsome?Alamak aku berangan lagi!



"Sedap nama tu.Mesti 3 hari parents awak fikir nama tu kan".Sambungnya lagi.Aku tiba-tiba tergelak.Namun tiba-tiba aku termalu sendiri apabila aku menyedari dia merenungku sambil tersenyum. Aku tunduk malu.Alamak malunya aku.Terpaksa aku berlagak serius balik. "takdelah.Mak saya dah fikir nama tu semasa tengah mengandungkan saya lagi." Fuh nasib baik sempat buat ayat nak cover.


Dia masih lagi senyum.Ntah apa kena dengan mamat ni.Dari tadi asyik tersenyum je.Macam tak pernah berbual dengan perempuan. "Emm awak ni selalu datang makan sorang-sorang kat sini ke?"Tanyanya lagi. "Sebenarnya saya ni jarang makan fastfood.Tadi ada kawan ajak datang,tapi tiba-tiba dia cancel pulak.Sebab tu la makan sorng-sorang ni.Encik Izwan selalu ke datang sini?"Tanyaku semula.


"Tak payahla nak berencik-encik dengan saya.Panggil je Wan.Emm Actually ni first time saya datang sini.Sebenarnya saya baru tukar kerja dekat sini." Macam tu rupanya.Patutlah macam tak biasa je....

2012

Assalamualaikum. Aku rasa dah dekat-dekat setahun aku tinggal blog nie. Aku pun lupa dah camna aku bley hilang minat untuk berblogging masa tu. Sebab sifat kemalalasan manusia kot..haha.. Tapi ada suatu hari nie masa aku dok main Facebook,aku ada jumpa satu Memorable Quote yang sungguh mendalam isi dia. Sejak tu la aku mula berfikir yang kita nie sebagai manusia,kita mampu buat apa saja. Dengan syarat,kita ada kemahuan,perancangan dan usaha yang bersungguh-sungguh. Dengan imaginasilah terciptanya kapal terbang. Aku betul-betul berterima kasih kepada tuan milik Memorable Quote nie. Dia sepatutnya dianugerahkan Nobel Prize diatas jasa dia memberi semangat kepada orang. Harap-harap hampa juga suka akan Memorable Quote dia  :D