Wednesday, 11 May 2011

Tragedi Natrah

Tragedi nie sama je atau mungkin lebih mendalam kesannya terhadap rakyat negara kita berbanding Peristiwa 13 Mei. Tragedi nie jugak tak tercatat dalam mana-nama buku Teks Sejarah. Kisah tragedi ini jugak tidak dikeluarkan oleh pihak kerajaan ada apa bentuk sekali pun samada ada dalam bentuk penulisan,perfileman,pementasan dan sebagainya kerana mungkin tragedi ini tidak berlaku di dalam negara Malaysia ataupun tragedi ini melibatkan sesitiviti rakyat dah agama sama seperti Peristiwa 13 Mei.


"aku saja buh lagu Natrah nie untuk angpa dengar"


...Natrah...

Alkisah..Natrah nie atau nama asalnya Nadra Maarof. Nama belandanya Bertha Hertogh ataupun Maria Huberdina Hertogh. Macam mana bley jadi Natrah lak??..menurut sumber,ejaan jawi masa zaman tu lah yang mengeja namanya Natrah. Dia nie berketurunan Belanda dan dia lah sebabnya terjadi Rusuhan Natrah di Singapura pada tahu 1950.

Natrah lahir pada 24 Mac 1937 ( lama dah tuh ) di Jawa,Indonesia. Masa Natrah baru reti baca ABC,tahun 1942 masa umo Natrah 5 tahun,dia diserahkan kepada Che Aminah oleh ibunya si Adeline kerana pada masa tu,orang indon nih cukup marah pada orang belanda..sebab ibu dia takot Natrah nie diapa-apakan,ibu dia bagi la Che Aminah nie jaga.. Bapak si Natrah nie plak tak tahu pape sal nie sebab dia dok dalam tahanan Jepun. Che Aminah nie seorang penjaga kain di Jawa.. Dia berasal dari Kemaman,Terengganu. Time tu orang Malaysia p Indonesia sebab nak cari keja..haha... Tapi Che Aminah nie bukan calang-calang orang..dia lebih dari mampu nak bela si Natrah nie..

Pada tahun 1945,keadaan di Indonesia kian genting so Che Aminah nak bawak Natrah ke Tanah Melayu. Nak bawak balek Kemaman,Terengganu melalui Singapura. Tahun tu jugak la bapak Natrah,Sarjan Andrianus Petrus Hertogh dibebaskan sebab Hiroshima dan Nagasaki udeh kena bom sama Amerika,Jepun kalah,tawanan bebaslah. Sarjan Hertogh ni pun melilau la cari anak dia si Natrah. Dia mintak bantuan sana sini suh cari anak dia. Tahun 1949,pihak polis Kemaman p bagitau Sarjan Hertogh yang anak dia ada di Kemaman. Bodek punya bodek last-last skali,tahun 1950,Che Aminah bawak Natrah p Singapura atas muslihat Sarjan Hertogh.

Kat Singapura la segala-galanya bermula. Natrah diputuskan oleh Mahkamah Singapura untuk diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura. Lepas tu Che Aminah buat rayuan kat mahkamah melalui peguamnya dan peguam Che Aminah nie pun berdebat la,mengemukakan teori,sifat kemanusiaan,tapi tak bertikam lidah lagi sebab tak dak pihak lawan lagi time nie. Akhirnya Che Aminah menang dan dia dapat la balek anak angkat kesayangannya,Natrah. Peguam yang berpihak pada Che Aminah tu pun jadi femes la kat Singapura tapi on the spot dia tak femes tara mana lagi la sebab kes besa-besa ja..tak besaq tara mana lagi..tunggu kes lagi besaq nak mai dah nie..

Oleh kerana Che Aminah takot hak penjagaannya dirampas kembali,dia tanpa segan silu mengahwinkan Natrah dengan Mansor Adabi. Umo Natrah tu baru 13 tahun taw tak masa dikahwinkan tu.. Untung Mansor Adabi dapat bini muda..masa tu umo Mansur 22 tahun. Kes sebelum nie masa Natrah diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dah dapat liputan meluas dan tersebar ke seluruh dunia. Cerita tentang Natrah kawen pun dah tersebar satu dunia dah masa tu. Malaysia mula dikenali kerana kes Natrah nie la. Persatuan Katolik kat Belanda plak buat kecoh suh Sarjan Hertogh buat tuntutan mahkamah untuk ambik balek si Natrah. Ala Natrah nie tak membawa makna besaq pun pada geng-geng Katolik nie tapi besa aa kapiaq,yang sedia Islam pun depa nak kapiaqkan,tambah tambah pulak yang kapiaq masuk Islam,depa butthurt aa.. Masa bila Natrah masuk Islam aku tak tau sebab aku tak jumpa dalam mana-mana rujukan aku.

Pada tahun yang sama,tahun 1950,Sarjan Hertogh buat tuntutan menuntut hak penjagaan keatas Natrah. Kes perbicaraan pun bermula. Mengikut undang-undang Syariah,gadis berumur 13 tahun dah boley kawen sebab Siti Aisyah isteri Nabi Muhammad S.A.W. juga berkahwin semasa berumur 13 tahun. Tetapi kes nie melibatkan agama lain so undang-undang Syariah tak boley digunapakai. Then mahkamah mengatakan mengikut undang-undang Belanda,anak yang dibawah umur 18 tahun,hak penjagaan terletak pada kedua ibubapanya. Pelik la aku,Singapura ada mahkamah. Macam sistem kerajaan yang sempurna tapi kenapa sistem kerakyatan tak dak. Kalau ada sistem kerakyatan,kenapa pulak kes Natrah nie ikot undang-undang Belanda? Kalau Natrah nie diiktiraf sebagai rakyat Belanda,kenapa awai-awai dulu masa Che Aminah bawak dia mai Singapura,Natrah nie tak diletakkan terus bawah jagaan ibubapa dia oleh mahkamah? Wallahualam...




Akhirnya,mahkamah putuskan ibubapa Natrah yang berhak keatas Natrah. Itulah mulanya titik rusuhan dan Tragedi Natrah. Sebenarnya orang Islam di Singapura dan Tanah Melayu menghormati keputusan mahkamah tapi punca rusuhan tu sebab pihak akhbar Straight Times ( Akhbar British di Tanah Melayu ) memprovok atau dok jek la orang Melayu. Hari-hari depa buh gambar Natrah dok sujud kat patung apakebenda ntah,patung Virgin Mary kot. Buat caption je kononnye depa bangga la orang Islam kalah. Tu la sebabnya jadi rusuhan tu..tu teori dari sumber yang aku dengar live. Sumber lain pulak mengatakan orang melayu kecewa dan marah sebab bukan saja mahkamah putuskan Natrah harus diserahkan kepada ibubapanya yang kapiaq tapi dia jugak ditukarkan agama dari Islam ke Kristian Katolik oleh mahkamah. Orang melayu marah la masa tu dan buat rusuhan sebab depa nak selamatkan akidah Natrah.

Akibat dari rusuhan tu 18 orang mati syahid dan beratus ratus lagi cedera. Masa tu Natrah dah dibawa lari ke pulau apa ntah,pulau kecik je dekat-dekat Singapura.. Then pesawat mai dan amek Natrah dan ibubapabya,bawak balek Belanda. Kat Belanda,Natrah masih berpegang teguh pada Islam hasil asuhan Che Aminah. Dia solat 5 waktu dan dia pernah tanya kat mana masjid. Lantas kedua ibubapa cuba nak brainwash dia. Depa bawak p gereja tiap-tiap hari Ahad. Kehidupan Natrah cukup teruk masa tu. Dia dok teringat kat mak angkatnye Che Aminah dan suaminya Mansor Adabi. Mansor pernah kirim surat kat Natrah sampai tiga kali tapi tiada balasan.
Then ada skali surat kepada Mansor atas nama Natrah,surat tu bagitaw yang Natrah nie dah tukar agama dan meminta jasa baik Mansor agar melupakannya. Mansor nie frust tertonggeng aa..dia tak tau yang sebenarnya surat tu bukan Natrah yang tulis..si kapiaq mana ntah yg tulis.

Mansor yang kecewa nie pun kawen la lain dengan anak muridnya dah antarkad jemputan kawen kepada Natrah. Natrah yang tak tahu menahu nie pun frust tertonggeng tonggeng la jugak sebab dia begitu cintakan Mansor. Natrah yang ketika itu berumur 18 tahun pun berkahwin la dengan seorang tentera,Johan Gerardus Wolkenfelt. Suami barunya nie brenti tentera dan jadi tukang kayu. Dia dikurniakan 10 orang anak (operator pengeluaran nih) dan hidup dalam keadaan yang agak daif sedangkan Mansor Adabi hidup mewah dan bekerja sebagai guru dan peguam. Pada tahun 1976,Natrah ditahan polis sebab atas cubaan membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Lepas tu dia dilaporkan masuk hospital sakit jiwa oleh Utusan Malaysia tapi anak-anaknya menafikannya.

Lepas tu ada la Natrah nie kawen dua tiga kali dan berpindah ke Amerika Syarikat. Sebenarnya rusuhan tu bukan sebab Natrah. Semua punca dari akhbar yang dok provokasi tu la.. Natrah time tu memang tak bley nak buat apa-apa sebab dia kecik lagi. Hidup dia porak peranda,kawen banyak kali dan bercerai.. Kalau la dia tau yang Mansor tu brenti nak dapatkan dia sebab dapat surat dari kapiaq laknat kononnya Natrah yang tulis surat tu,dah tentu Natrah Islam sekarang dan hidup bahagia. Pihak Kristian Katolik kat Belanda pulak buat tak tau je kat dia,masa awai-awai hari tu kalut sangat..saja dengki..picit teloq baru tau.. Natrah atau Bertha Hertogh dah meninggal dunia pada tahun 2009 ketika berumur 72 tahun akibat leukimia. Kesian dia mati dalam murtad akibat perbuatan khianat penganut agama Kristian Katolik. Tapi Allah bagi dia hidup lama sampai umur 72 tahun,kenapa dia still dalam agama kapiaq?..memang dia kena brainwash gila-gila nie. Mungkin la aku crita nie angpa tak dapat menghayati kisah Natrah nie. Kalau nak rasa kisah Natrah nie menikam kalbu dan menginsafkan kita umat Islam,klik la link dibawah...

Nie pulak video temuramah Datin Fatini Yaacob,Bekas Wartawan Dewan Masyarakat. Dia nie ada menulis tentang tragedi Natrah nie. Dia kot yang paling mengetahui secara mendalam tentang peristiwa nie sebab dia p jumpa Natrah,anak-anak Natrah dan Mansor Adabi.




nie pulak adalah ucapan dari Natrah atau Bertha Hertogh sendiri









No comments: