Thursday, 16 June 2011

Laman Sosial

Aku benci intro..haha...tak taw nak mula macam mana..tapi kalau suh ngorat awek tu,taw la nak start macam mana. Ok aku tipu..depa yang ngorat aku..

Laman sosial pertama yang aku kenal ialah Myspace..masa tu aku Form 3 kot.. Depa dok syiok buat akaun Myspace sebab nak hias akaun lawa-lawa je.. Macam dah tak dak motif lain depa hidup dalam dunia nie.. Lepas tu satgi ada pompuan mai komen kat wall depa;

Cantik profile awak..

Profile awak pun cantik jugak..

Err..nak dipuji mesti la kena memuji dulu an..hahaha...


Aku tak buat pun Myspace tu..macam tak syok ja..gedik ada la.. Padahal masa umo tu,mana minat lagi menatang nie sume..haha..

Lepas tu aku didedahkan pulak dengan Tagged. Aku buka aib aku skit,aku penah ada akaun Tagged. Masa nie budak lagi ok..memang terasa jahil yang teramat sangat aa..bab yang add org tu yang paling bangang tu..add pompuan lawa je..haha.. Yang kawan aku lagi dua org lagi bangang tahap dewa punya..depa dok lumba sapa yang add lagi ramai. Ada dua cara nak add..cara pertama,klik gambar,direct link ke profile org tu..lepas tu baru add.. Cara kedua memang rambang kaw-kaw punya aa.. Ada 1 bar,bersusun gambar-gambar profile org,saiz gambar tu ada la dalam 1cm x 1 cm. Kat bawah gambar tu ada perkataan add..klik add je la tanpa di direct p link mana2.. ada 10 gambar satu line,haaa klik add satu-satu..kurang dari 5 saat dah dapat 10 kwn baru.. Aku tengok kawan aku tu punya dok klik la sampai lumpuh separuh badan,OK aku tipu.. Aku dok kata dalam hati,ish depa nie..perangai cam beruk bersosial je..jakun gila..macam budak-budak dah.. Padahal aku pun sama je la..bangang jugak sebab dok main Tagged tu..


Then aku tak main dah Tagged sebab aku malu dengan diri sendiri..haha.. Masa aku keja cc tu aku mula kenal Yahoo Messenger ( YM )..tu pun sebab masa aku keja kat pasar raya dulu,sebelum kami pakat-pakat berenti ramai-ramai ( niat suci nak bagi kompeni tu lingkup,rancangan gagal ) ada la sorang budak nie bagi e-mail dia,dia suruh add kat YM. Aku taw lama dah pasal YM nie..juz tak gunakan aje..aku kan tak sosial..wuahahaha..

Suatu hari tu masa dok mesej dgn kawan skolah ( yg ni pakai henset je,tak payah risau line terputus...weee ),dia tanya soalan yang membuat diri aku trasa bodo sejenak..haha..

Hadi,ang ada Facebook tak??..add la aku..

Facebook??..menatang hape tu??..

Ala...Facebook pun tak tau? Keja CC,dok depan tenet hari,Facebook pun tak tau..aku nak gelak sat bley tak??..haha

Gelak la..  =.="

Tak jadi la..ang tulis ja Facebook kat Google Search tu,lepas tu sign up..

Tagged tinggal tros lepas tu...kira dok bersosial dalam FB ja.. Melalui FB nie jugak la aku jumpa seseorang..hehe..sampaikan kawan-kawan aku tak percaya...weeewwitttt.... Entri yg lepas aku ada crita macam mana aku bley dapat number fon awek lama aku tu kan? Yang nie pun aku pakai taktik sempoi gak..bukan aku tak gentleman ok..nie org panggil pakai otak.. Tak payah nak p berkenalan dengan si empunya badan utk tahu dya jenis macam mana,sosial ke tak,ada boypren ke tak. Kalau buat cara gentleman,tengok-tengok dia dah ada pakwe/awek camne?..malu je.. The era of try and error is past.. Nak berjaya ngorat awek??..tiru macam saya..bley ngorat je la,kekal tak kekal tu,pandai-pandai angpa aa.. 



Ok aku sambung balek..budak tu penah mai 3 kali je sepanjang setaun aku keja cc tu.. First time dia mai,aku juz tengok and sedikit berkenan.. Then aku brenti keja sat untuk 2 bulan..bila aku masuk keja balek,budak pompuan tu mai skali lagi..time nie memang dah berkenan sungguh-sungguh dah.. Tapi aku tak tegur la...segan..aku an pemalu.. Aku tunggu berbulan jugak lah,dia tak mai-mai dah.. Then dekat-dekat aku nak brenti dah,nak masuk poli,dia mai skali lagi.. Setiap cyber cafe sekarang nie sume pakai sistem head control kat main computer..so aku boley buat apa saja terhadap komputer customer termasuk snap gambar screen depa,control cursor and komputer depa. ( aku selalu kacau sorang budak tu..dia main game GTA San Andreas,bila dia naek helikopter je,aku bukak remote control pc dia kat pc aku..so aku bley kawal komputer dia la..aku tekan enter..karakter yang dia dok main tu jadi macam tiba-tiba p terjun dari helikopter..budak tu pening aa direct mau terjun ja..haha )

So aku printscreen pc budak pompuan tu time dia bukak FB..jadi aku dapat taw la nama FB dia tanpa sebarang mutual friends,direct chit-chat dan sebagainya..orang terer ja bley buat..haha.. Aku dapat ngorat ke tak budak pompuan tu,jangan tanya aku..

Tapi masa aku blogwalking,aku terjumpa dan baca satu artikel nie..nie aku copy paste je taw..bukan aku buat ayat aku sendiri... alasan : malas..haha..

Penutupan akaun laman jaringan sosial Facebook yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini seolah-olah menjadi petanda kepada permulaan zaman lesu laman web tersebut.

Pakar psikologi Internet, Graham Jones memberitahu pengguna Facebook mula berasa bosan setelah satu tempoh masa menggunakan Facebook.

"Adalah sesuatu yang normal bagi seseorang individu teruja menggunakan sesuatu yang baru. Dia kemudian akan berasa bosan dan beralih pada perkara baru," katanya.

Kajian berkaitan penggunaan Facebook yang dijalankan di United Kingdom (UK) menunjukkan sebanyak 100,000 pengguna di Britain telah menutup akaun mereka sejak bulan lalu.

Penutupan secara mendadak itu turut dikaitkan dengan kebimbangan pengguna Facebook mengenai pencerobohan data dan maklumat peribadi mereka. Malah, timbul spekulasi bahawa laman Facebook juga bakal berdepan waktu suram seperti yang dialami MySpace dan Friendster.

Awal tahun ini, para eksekutif Facebook mengumumkan jumlah pengguna laman web itu UK mencecah 30 juta, iaitu separuh daripada populasi penduduk UK.

Di Amerika Syarikat (AS), jumlah pengguna Facebook juga jatuh merudum kepada 149.4 juta pengguna berbanding 155.2 juta sebelum ini. - Agensi

Memang FB dah tak brapa best dah sekarang nie. Dah lengai bodo dah.. So mari kita beralih arah...angpa nie xde anjakan paradigma dalam diri langsung aa.. Aku ada la sket sebab aku ada buat Twitter...weeeee....tapi aku tak reti guna,sebenaqnya malas nk selongkaq sebab aku bukan ada kawan pun dalam.tu..kawan-kawan aku yg lain belum ada kesedaran dalam diri utk membuka akaun Twitter..


Ataupun kita join satu lagi yang baru..Pocodot..help connect the dots in your life.. Tengok macam syok,rasa macam syok..jom try!! Pocodot nie ada button dislike.. design dalam dia lebih kurang FB aa.. Dulu cikgu tusyen aku penah tanya,barang original dengan barang ciplak ( ciplak ye bukan tiruan ) mana yang lagi bagus..kami sume jawab barang ori la cikgu..cikgu pun agak-agak aa nak test kami..macam la kami nie bodo sangat cingu...eeeeiii!.. Tapi cikgu aku jawab barang ciplak la kebanyakannye lagi bagus dari barang ori sebab depa copy n improve.. Mungkin Pocodot nie ciplak FB tapi Pocodot lebih sempoi dari FB..kita try la dulu..


Kalau angpa rakyat Malaysia sejati,angpa guna laman sosial yang Malaysia punya.. myfriends2u.com.. 


Tapi sumpah aku takmo guna yang nie.. Bukan sebab aku tak support Malaysia tapi ada muka Najib kat depa tu...spoil! Lagi satu bulan nie kerajaan Malaysia banyak buat hal.. Minyak naik,tarif letrik naik ( aku dah tak bley main internet lama-lama dah ),block abez laman-laman web..last-last skali rakyat jugak yang terima padah..abez sume laman web kena hack.. Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.. Kerajaan pandai,depa tutup laman web depa,www.malaysia.gov.my .. Laman web orang lain yang kena..



Banyak lagi dok ada...aku malas nak buh sume...angpa bukan nak baca pun..ada yang di hack n dah di recover kan dah.. 

Natijahnya,block la laman-laman web lucah kat Malaysia nie..budak-budak skolah apa sume tu..tu belum kira awek kedai topup Hotlink lagi tu..cam haram.. Hacker-hacker tu sendiri rela Malaysia block porn site dari Malaysia block web-web utk men download nie..padahal macam la hacker tu tak tau tukaq DNS..tukar DNS je and sume web yang di block oleh Malaysia bley dilayari dengan hati yang girang.. Hacker tu saja nak cari point nak hantam kerajaan..dah lama dah tunggu point nie.. Hitler pun marah Malaysia block laman web download-download nie..siap ada org bunuh diri lagi..

Hitler Bengang


Dua orang bukan rakyat Malaysia bunuh diri

Nah..nie lagi laman web kat Malaysia nie yang kena hack..angka ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa...haha... Apasal politeknik pun kena hack..aku nak sambung blajaq camne weyy..


SabahTourism.com – Hacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) – Hacked
Tourism Malaysia – Unaffected
UiTM Penang – Hacked
JBiotech - Hacked
Social Welfare Department (Ezi2Care) – Hacked
CIDB – Hacked but back up 12:20am
Land Public Transport Commision – Hacked but back up 12:15am
1Malaysia – DoS / Switched off 3:45am
Malaysian Communications and Multimedia Commission - Unaffected
ASEANConnect – DoS / Switched off
Malaysian Meteorological Service – DoS / Switched off
Ministry of Education – DoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia – DoS / Switched off
Bomba - DoS / Switched off
TMNet - Unaffected
Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya Malaysia - DoS / Switched off
Parlimen Malaysia – DoS / Switched off
Malaysian Treasury – DoS / Switched off
University Kebangsaan Malaysia – DoS / Switched off
Jobs Malaysia – DoS / Switched off
Information, Communications and Culture – DoS / Switched off
Human Resouce Ministry – DoS / Switched off 3:59am
National Sports Council – DoS / Switched off
Polis Diraja Malaysia (PDRM) – DoS / Switched off
.

No comments: