Monday, 30 May 2011

Tak Payah Letak Tajuk Ok Tak??

Ok..berkenaaan tajuk diatas tu dah setengah jam jari aku kaku diudara diatas huruf A dan P..aku tak taw nak buh tajuk apa LOL. Mampus p tajuk tak penting untuk entri nie sebab aku tak dak masa nak pikiaq pasal tajuk hari nie..moody.. Awek kira dok kacau ja.. nak cocentrate time blogwalking pun tak bley. Nanti dia cari len kat UiTM Merbok nuh baru padan muka ang adi..noob! (kata hati tiga saat lepas)

28 Mei hari tu kak aku kawen..memang la aku sronok tapi ada gak sedey. Kira 52% happy,48% sedey la sebab first,Teacher Alia tak mai..tak pa dia tak mai bersebab..yang lain-lain pun tak mai. Ada sorang tu punya dok buat ayat pasrah trok sebab aku lambat jemput dia..lepas dok sembang nak mai nek beskal la dari kola ketil. Lepas nie dia dok buat ayat pasrah lagi,aku sumbat tin Redbull dalam mulut dia. Dan sebab yang kedua nie aku paling hot! Kena khencing ngan abang aku sendiri.Lahanat! takpa kretapi kepala batas,ada ari aku balas! (satgi aku cerita pasai nie)

Tapi yang bestnya Mr. Garmin Asus aku bagi perkhidmatannya yang terbaek ahh!! Stakat iPhone 4 tuh,aku tringin nak pegang je lepas tu aku tauk buang. Tak pun aku men macam DJ disco noh..gesek iPhone 4 tuh atas tar..wiki wiki...Walaupun Mr. Garmin Asus cuma 5MP je tapi performance dia lagi sempoi dari kamera digital,Sony Satio dan Nokia N8 kot..(tapi tak ley lawan dslr larhh..) Cuma dia punya option je la tak banyak. Kira pa aku,henset aku..aku beli pakai duit aku..of course la aku puji henset aku.. Cakap banyak pun tak guna. Aku bagi hampa tengok pic nie tapi jangan sampai ternganga mulut na..hukhuk..

Ok. Aku tipu..nie bukan aku yang amek gambar..photographer yang amek. En. Edan Hadi yang amek. Lepas tengok gambar-gambar dalam blog dia,terasa diri aku nie hina dan dina dalam doonia photography nie..direct rasa macam nie ja kenapa ntah? Aku taw pemilik DSLR yang laen pun akan rasa macam aku rasa..hahaha.. Nie kat bawah nie gambar-gambar yang aku snap. ( nak tiru macam dalam crita 3 idiots ahh ) En. Edan,boley tak saya nak jadi pembantu kamu?..hee..








Bakat aku belum diasah okey! Ari tu aku dok makan skali dengan kak aku..patotnye family abang ipaq aku ja dok meja tu tapi aku p rembaih dok gak..kira pa aku. Aku lapaq udang bakaq,aku nak makan aku p duk la situ..hahahahahaha..Takpa aku anak bongsu..peratusan aku ley buat pala tu tinggi..huhu..

Tapi pape pun aku respek aa kat abg photographer tu. hangpa tengok hasil kerja dia sudah la. Lepas tu angpa pikiaq sendiri aa kesungguhan dia buat kerja. Dia sorang-sorang ja buat keja tapi tahap keprofessionalannya...perghhh...

Abg photographer aku respek hasil kerja dia..abg aku,aku rasa macam nak tokak je telinga dia. Kenapa la aku slalu kena kern dengan dia. Dia suruh aku p jaga sepupu aku sebab kak aku nak p bergambar kat Mengkuang Dam..takot sepupu aku nak ikot,satgi mengacau plak an. Aku ajak abg aku p Mengkuang Dam skali,ley bergambar skali..tapi abg aku kata keja banyak..satgi sapa nak kemas meja,dia pun nak p buang sampah pa sume jadah. Oleh kerana abg aku cakap macam tu aku pun p la bawak mek ifa tu p main..

mesti ada owg tengok tangan budak baju oren tu..nak buat jugak??..haha
Setengah jam lepas tu p tanya adik bradik lain,padil mana??..nu abang ang jadi drebar pengantin g mengkuang dam nuh!


Lahanat..meluap-luap benci aku masa tu..memang sumpah seranah jugak la walaupun abang sendiri..dia pun tipu adik sendiri..takpe pun..

Dok sejam lepas kejadian ngeri tu abang aku kol pakai tepon umah..Hadi,kak ang kata kalau ang nak mai,mai naik moto..farin,iju,ira sume ada sini!..tengok punya perangai abang aku. Tergamak gila tinggai aku..awek dia bley plak dia bawak. Masa tu rasa macam nak kata angpa dua orang ja adik bradik..aku kuli batak!


Tapi aku tak cakap macam tu la..aku balas ayat touching aa sket. Malas aa adik nak p..tak larat buat keja..p buang sampah tadi!..anak bongsu sensitif ok!

Malam tu lepas maghrib,aku trus tido...hadiah dari Cik Fiqa utk akak aku pun aku tak tengok masa depa dok bukak hadiah. Awai-awai tu aku dok cari jugak la hadiah dari Alia..kot-kot la dia bagi hadiah,dalam tu ada kamera dslr Nikon D3100 ke..aku bawak pelaqi siap-siap aa..hakhak.

Aku marah bukan sebab kena tipu dan kena tinggal sebab aku dah lali dah kena tipu dengan abang aku. Penah skali masa aku baru baru beli Mr. Garmin Asus,dia kata kalau abang mintak henset ang,mesti ang bagi..bila aku pikiaq-pikiaq balek,memang aku akan bagi.. KENAPA?? kena santau pa? mungkin sebab dia sorang je kot abang aku ( la nie dah dua orang ) sebab tu la dia disanjung tinggi..haha.. Ari tu je aku bebal kat dia..ari-ari len dia jadi sumber utama aku.

macam mirror tak??..huhu


Malas la nak crita camne dia jaga aku masa aku masuk hospital,camne dia ingat kat aku kalau dia p berjalan mana-mana..tapi aku tetap bebai pasal dia tinggal aku ari tu..sebab aku nak bergambar dengan dslr...waaaaaa~~~


Takpa la Teacher ada..  "Aliaaaaaaaaaaaaaaaaaa....jom p jalan-jalan kat Mengkuang Dam..huhu..."

Friday, 20 May 2011

Bila Si Gampang Blogwalking

Pagi nie aku tak dapat tidoq.. Orang lain sume dah tidoq,aku dok merapu sorang-sorang. Bila dah puas tengok movie Avatar:The Last Airbender,aku tengok Thor plak..then Santum. Bila dah juling mata belah kanan,aku bukak internet balek. 

Bosan tahap gigit kepala lipan punya pasal,aku ronda-ronda tengok taman orang dalam internet nie. Tengok Nuffnang,Innity sampai la satu blog dia,blogger dia tulis "jangan dok buat jakun nak buh Nuffnang la,Innity la dalam blog ang..follower baru 4 orang dok buat macam beribu.."  Ya..aku terasa yang teramat sangat sebab seketoi jatoh kena muka aku..bukan sipi-sipi dah,bukan kena bahu or kena muka tuan pengarah tapi kena kat muka aku..

Berbasikalkan Berbekalkan semangat kental yang sementara,aku pun jalan-jalan la lagi cari tutorial-tutorial berblogging untuk newbie senoi a.k.a. noob cam aku nie. Aku baca skali lalu je sebab aku nak tidoq dulu. satgi bangun baru baca lagi...hehe.. Angpa ( lebih dari sorang angpa la,ka sorang ja yg dok baca?? ) baca sendiri la..

follower dia sampai 20k..gilak..!!

Bravo aa brother nie..i follow u..

Jangan Tengok Kalau tak Mau Otak Krem..!!

~ cara pukau dengan merosakkan sel-sel otak kanan anda ~


Prank Yang Keji

Angpa penah kena main dengan kawan-kawan x? Kena main dengan kawan-kawan tak pa lagi,nie siap kena main dengan orang yang dia tak kenal plak tu...wajjaq sungguh..


Thursday, 19 May 2011

Batu Kurau

17 Mei aku p umah tok kawan aku,Batu Kurau,Perak..p nak hantar ubat je pun tapi p sampai 3 bijik moto..huhu.. Ada la aku tangkap gambar sikit..

masa dok bawak moto nie..syiokkkkk!!!!


lawa gak la tasik buatan nie..

aku taw aku hensem..tak perlu kata apa-apa..hehe



nie photoshop..hee
abang hensem..gaya macam mana pun tetap hensem :)
perlu ke letak gambar nie??.. senoi a.k.a. noob
Dok sana sampai pukul 5,terpaksa balek dan redah hujan sebab seorang noobie nak balek ILP Kepala Batas dia petang tu jugak.. Masa on-the-way balek tu ada la jalan yang dinaiki air dan moto abang hensem rosak sekejap sebab spark plug dia basah kena air.
selamber rilex je buat perkampungan hadhari kat tengah-tengah jalan..

tobat tak redah dah kalau jalan naik air..haha..berakai..
Sampai kat Taman Tiong Dua,jalan dinaiki air lagi..aduhh.. Nasib baik abang hensem pandai,dia ajak guna jalan tanah merah dari Taman Tiong Satu naik ke kedai bawah Taman Kenari..Beeeerseluuuttt moto..


Wednesday, 18 May 2011

Teman Budak Comel Study

Dulu aku pernah sambung Form 6 kat SMK Keladi and aku ada la seorang kawan nie dan still rapat sampai sekarang..Fadz Samsudin.. Dia nie dari Form 1 (kot) sampai Form 6 (tapi sampai bulan yang kedua je kalau tak salah) skolah Keladi. Tapi sekarang dia dah pindah p SMK Mahsuri kat Langkawi. Dulu kat Keladi kira dia nie hot la ala-ala Megan Fox gitu tapi kat Langkawi,dia qeja qeyau ja masa awai-awai tuh..haha seh hinguih..

Pagi nie sepatutnya aku nyenyak dibuai mimpi la tapi budak nie suruh aku kejut dia bangun plak pukul 3. (kena paksa). So alang-alang bangun,terus berjaga aa..ambik hati kawan..bukan sume orang boley bangun pagi-pagi buta sebab nak teman kawannya macam aku nie..huhu.. 

Dua tiga hari nie aku terfikir kenapa aku senang rapat dengan perempuan ea? . Semalam ada seorang junior aku perli aku,hari tu pun ada seorang lagi junior perli aku kata aku nie ramai awek. Dulu aku kerap chatting dengan Fadz nie,kawan-kawan laki aku dok perli-perli. Terasa hati jugak la macam aku nie Playboy je. Ahh punya passssalllahh..rapat dengan perempuan tak semestinya Playboy. Mungkin kerana aku nie disenangi oleh orang sebab tu aku senang berkawan..haha..jeles cakap ahh..

Ada sorang kawan aku (yang nie lelaki),dia cakap "Hadi,aku heran la kenapa kawan ang sume cantek-cantek,lawa-lawa? Kot kalau Faiz aku percaya la jugak..nie ang,ish susah aku nak percaya.."
habaq siap-siap,dah ada awek dah

Muka hensem belakang kira maa...yang penting ayat mesti mau manis..haha.. Lagi satu hati mau ikhlas kalau berkawan. Kalau tak,tak boley la dapat kawan dengan kacukan cina comey lotey nie an??..huhu..



Tuesday, 17 May 2011

Twitter

Facebook Facebook Facebook..asyik-asyik Facebook..tapi kalau tak dak akaun Facebook,sama la macam tak wujud kan dalam dunia nie..sikit taun lagi,kalau Facebook masih ada,silap-silap Jabatan Pendaftaran Negara pun suruh rakyat buat akaun Facebook je..tak payah pakai IC dah. Kalau kena roadblock,polis On9 dan check dalam Facebook je..sah-sah polis buat roadblock depan kedai mamak nasik kandar,depan McD, StarBuck, White Coffee dan tempat-tempat yang ada wifi la an..tak de dah roadblock atas highway..haha..

Angpa mesti taw an ada lagi satu laman sosial yang agak tinggi rankingnya tetapi Facebook berkali-kali lagi tinggi la iaitu Twitter. Apa itu Twitter?? Twitter nie best ka? Macam mandom ja sebab tak bleh tengok wallpost secara random macam Facebook. Memang la agak sedikit mandom tapi apa salahnya kita buka akaun Twitter kan..free je... Aku pun baru bukak pagi nie sebab aku tak boleh lena..minum Redbull sampai dua tin..tros tak bley lena..haha.. Sebenarnya ada dah orang suruh aku buka akaun kat Twitter nie tapi masa tu rasa malas bebeno sebab standard la bila buat benda baru nie,banyak benda yang kita nak kena achieve utk catch up or setaraf dengan orang lain. Sifat itu dipanggil sifat malas. Antara sifat yang paling kental dalam diri manusia..haha.. 

Tengok nie aku baru buka akaun Twitter..ke aku dah pernah bukak dulu sebab aku nak buh nama Hadi Halim tak boleh??..sat gi la aku check..haha..senoi a.k.a. noob..


Twitter nie tak dak add friend macam Facebook ye..Twitter jenis kena follow.. Kalau Twitter buat macam Facebook,takde la kelainannya kan. Dan orang pertama yang di follow adalah orang yang mencetuskan revolusi dalam diri aku tentang dunia sosial nie..Alia Laila ler..


Aku nie newbie lagi kat Twitter nie so kalau angpa nak taw lebih lanjut,baca blog orang dah yang dah sampai tahap legend dah nie..

Silent Comedy

Baru-baru nie peserta-peserta Maharaja Lawak kena buat silent comedy or lawak yang tak berbunyi untuk minggu ke 7 nie..barang siapa yang belum tengok lagi boleh klik SINI utk Part 1 dan SINI utk Part 2..tapi lepas tu bukan beloh tros tengok..angpa kena download yang INI pulak sebab nak joining video-video tuh. Pastikan angpa download yang FFSJ-Standard punya ye. Nanti la sapa-sapa rasa nak taw pasal download-download video nih,tanya aku.

Aku bukan nak cakap pasal ML Minggu ke-7 tuh tapi nak tunjuk satu video nih,tentang gelak-gelak guling-guling jugak tapi cara gelak dia laen sikit.. GELAK TANPA SENYUM. Boley ke angpa buat macam tu??..kepada kaki-kaki gelak tak bley brenti tu,try tengok buat macam nie kalau angpa rasa angpa paling terer dalam seni gelak nie..haha.. Tobat trauma takmau gelak dah.. Jom kita cuba sahut sabaran cyr1216 ni kat YouTube


p/s : barang sesiapa yang nak cuba gelak macam nie,tolong jangan berbuat demikian dihadapan ibubapa,adik-adik,rakan-rakan mahupun guru anda jikalau anda tidak mahu menginap secara percuma di Hospital Bahagia.

Monday, 16 May 2011

Seminar UPSR..!!

15 Mei 2011,aku kena p Dewan SK-3 USM Pulau Pinang sebab ada seminar UPSR..bukan aku la yang dengar seminar tuh..budak-budak skolah rendah la yang p..hina sangat noh kalau aku yang hadiri seminar tuh..haha..


Malam sebelum p tu kami ada perjumpaan dengan penceramah seminar tu. Dya kata esok pagi(15 Mei),pukul 6 pagi dah kena bertolak dari Taman Kenari...giler awai.. Akibatnya,aku tak tido pagi tu.. Kalau tido,sah-sah tak bangun..haha..

Seperti yang dijanjikan,pukul 6 pagi,teksi dah ada depan rumah. Teksi tu tros g SK Hashim Awang untuk turunkan aku,SK Kepala Batas dan SK Permatang Bertam untuk turunkan yang lagi dua orang kawan aku. Sampai je kat SK Hashim Awang,aku blur.. "apa aku nak buat nie??"


Aku kena tulis resit and bagi kat bebudak yg join seminar tuh..lepas tu pukul 7.30 dah kena suruh depa naek bas dah bertolak p USM..tapi aku mana pernah buat kerja-kerja senang macam nie..tu yang blur sekejap tu..

Lepas tu bas pun bertolak la p USM..dewan USM tu besaq la sampai bley muat 700 orang..yang join seminar tu 400 lebey je tapi tu pun dah banyak dah apa.. Seminar start pukul 9 pagi,habis pukul 5 petang. Memang letih gila aa..dok dalam surau,landing atas simen pun rasa macam dok atas tilam empuk hotel 5 bintang dah..haha..

Nie ada la gambar yang aku ada snap.






Wednesday, 11 May 2011

Tragedi Natrah

Tragedi nie sama je atau mungkin lebih mendalam kesannya terhadap rakyat negara kita berbanding Peristiwa 13 Mei. Tragedi nie jugak tak tercatat dalam mana-nama buku Teks Sejarah. Kisah tragedi ini jugak tidak dikeluarkan oleh pihak kerajaan ada apa bentuk sekali pun samada ada dalam bentuk penulisan,perfileman,pementasan dan sebagainya kerana mungkin tragedi ini tidak berlaku di dalam negara Malaysia ataupun tragedi ini melibatkan sesitiviti rakyat dah agama sama seperti Peristiwa 13 Mei.


"aku saja buh lagu Natrah nie untuk angpa dengar"


...Natrah...

Alkisah..Natrah nie atau nama asalnya Nadra Maarof. Nama belandanya Bertha Hertogh ataupun Maria Huberdina Hertogh. Macam mana bley jadi Natrah lak??..menurut sumber,ejaan jawi masa zaman tu lah yang mengeja namanya Natrah. Dia nie berketurunan Belanda dan dia lah sebabnya terjadi Rusuhan Natrah di Singapura pada tahu 1950.

Natrah lahir pada 24 Mac 1937 ( lama dah tuh ) di Jawa,Indonesia. Masa Natrah baru reti baca ABC,tahun 1942 masa umo Natrah 5 tahun,dia diserahkan kepada Che Aminah oleh ibunya si Adeline kerana pada masa tu,orang indon nih cukup marah pada orang belanda..sebab ibu dia takot Natrah nie diapa-apakan,ibu dia bagi la Che Aminah nie jaga.. Bapak si Natrah nie plak tak tahu pape sal nie sebab dia dok dalam tahanan Jepun. Che Aminah nie seorang penjaga kain di Jawa.. Dia berasal dari Kemaman,Terengganu. Time tu orang Malaysia p Indonesia sebab nak cari keja..haha... Tapi Che Aminah nie bukan calang-calang orang..dia lebih dari mampu nak bela si Natrah nie..

Pada tahun 1945,keadaan di Indonesia kian genting so Che Aminah nak bawak Natrah ke Tanah Melayu. Nak bawak balek Kemaman,Terengganu melalui Singapura. Tahun tu jugak la bapak Natrah,Sarjan Andrianus Petrus Hertogh dibebaskan sebab Hiroshima dan Nagasaki udeh kena bom sama Amerika,Jepun kalah,tawanan bebaslah. Sarjan Hertogh ni pun melilau la cari anak dia si Natrah. Dia mintak bantuan sana sini suh cari anak dia. Tahun 1949,pihak polis Kemaman p bagitau Sarjan Hertogh yang anak dia ada di Kemaman. Bodek punya bodek last-last skali,tahun 1950,Che Aminah bawak Natrah p Singapura atas muslihat Sarjan Hertogh.

Kat Singapura la segala-galanya bermula. Natrah diputuskan oleh Mahkamah Singapura untuk diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura. Lepas tu Che Aminah buat rayuan kat mahkamah melalui peguamnya dan peguam Che Aminah nie pun berdebat la,mengemukakan teori,sifat kemanusiaan,tapi tak bertikam lidah lagi sebab tak dak pihak lawan lagi time nie. Akhirnya Che Aminah menang dan dia dapat la balek anak angkat kesayangannya,Natrah. Peguam yang berpihak pada Che Aminah tu pun jadi femes la kat Singapura tapi on the spot dia tak femes tara mana lagi la sebab kes besa-besa ja..tak besaq tara mana lagi..tunggu kes lagi besaq nak mai dah nie..

Oleh kerana Che Aminah takot hak penjagaannya dirampas kembali,dia tanpa segan silu mengahwinkan Natrah dengan Mansor Adabi. Umo Natrah tu baru 13 tahun taw tak masa dikahwinkan tu.. Untung Mansor Adabi dapat bini muda..masa tu umo Mansur 22 tahun. Kes sebelum nie masa Natrah diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dah dapat liputan meluas dan tersebar ke seluruh dunia. Cerita tentang Natrah kawen pun dah tersebar satu dunia dah masa tu. Malaysia mula dikenali kerana kes Natrah nie la. Persatuan Katolik kat Belanda plak buat kecoh suh Sarjan Hertogh buat tuntutan mahkamah untuk ambik balek si Natrah. Ala Natrah nie tak membawa makna besaq pun pada geng-geng Katolik nie tapi besa aa kapiaq,yang sedia Islam pun depa nak kapiaqkan,tambah tambah pulak yang kapiaq masuk Islam,depa butthurt aa.. Masa bila Natrah masuk Islam aku tak tau sebab aku tak jumpa dalam mana-mana rujukan aku.

Pada tahun yang sama,tahun 1950,Sarjan Hertogh buat tuntutan menuntut hak penjagaan keatas Natrah. Kes perbicaraan pun bermula. Mengikut undang-undang Syariah,gadis berumur 13 tahun dah boley kawen sebab Siti Aisyah isteri Nabi Muhammad S.A.W. juga berkahwin semasa berumur 13 tahun. Tetapi kes nie melibatkan agama lain so undang-undang Syariah tak boley digunapakai. Then mahkamah mengatakan mengikut undang-undang Belanda,anak yang dibawah umur 18 tahun,hak penjagaan terletak pada kedua ibubapanya. Pelik la aku,Singapura ada mahkamah. Macam sistem kerajaan yang sempurna tapi kenapa sistem kerakyatan tak dak. Kalau ada sistem kerakyatan,kenapa pulak kes Natrah nie ikot undang-undang Belanda? Kalau Natrah nie diiktiraf sebagai rakyat Belanda,kenapa awai-awai dulu masa Che Aminah bawak dia mai Singapura,Natrah nie tak diletakkan terus bawah jagaan ibubapa dia oleh mahkamah? Wallahualam...




Akhirnya,mahkamah putuskan ibubapa Natrah yang berhak keatas Natrah. Itulah mulanya titik rusuhan dan Tragedi Natrah. Sebenarnya orang Islam di Singapura dan Tanah Melayu menghormati keputusan mahkamah tapi punca rusuhan tu sebab pihak akhbar Straight Times ( Akhbar British di Tanah Melayu ) memprovok atau dok jek la orang Melayu. Hari-hari depa buh gambar Natrah dok sujud kat patung apakebenda ntah,patung Virgin Mary kot. Buat caption je kononnye depa bangga la orang Islam kalah. Tu la sebabnya jadi rusuhan tu..tu teori dari sumber yang aku dengar live. Sumber lain pulak mengatakan orang melayu kecewa dan marah sebab bukan saja mahkamah putuskan Natrah harus diserahkan kepada ibubapanya yang kapiaq tapi dia jugak ditukarkan agama dari Islam ke Kristian Katolik oleh mahkamah. Orang melayu marah la masa tu dan buat rusuhan sebab depa nak selamatkan akidah Natrah.

Akibat dari rusuhan tu 18 orang mati syahid dan beratus ratus lagi cedera. Masa tu Natrah dah dibawa lari ke pulau apa ntah,pulau kecik je dekat-dekat Singapura.. Then pesawat mai dan amek Natrah dan ibubapabya,bawak balek Belanda. Kat Belanda,Natrah masih berpegang teguh pada Islam hasil asuhan Che Aminah. Dia solat 5 waktu dan dia pernah tanya kat mana masjid. Lantas kedua ibubapa cuba nak brainwash dia. Depa bawak p gereja tiap-tiap hari Ahad. Kehidupan Natrah cukup teruk masa tu. Dia dok teringat kat mak angkatnye Che Aminah dan suaminya Mansor Adabi. Mansor pernah kirim surat kat Natrah sampai tiga kali tapi tiada balasan.
Then ada skali surat kepada Mansor atas nama Natrah,surat tu bagitaw yang Natrah nie dah tukar agama dan meminta jasa baik Mansor agar melupakannya. Mansor nie frust tertonggeng aa..dia tak tau yang sebenarnya surat tu bukan Natrah yang tulis..si kapiaq mana ntah yg tulis.

Mansor yang kecewa nie pun kawen la lain dengan anak muridnya dah antarkad jemputan kawen kepada Natrah. Natrah yang tak tahu menahu nie pun frust tertonggeng tonggeng la jugak sebab dia begitu cintakan Mansor. Natrah yang ketika itu berumur 18 tahun pun berkahwin la dengan seorang tentera,Johan Gerardus Wolkenfelt. Suami barunya nie brenti tentera dan jadi tukang kayu. Dia dikurniakan 10 orang anak (operator pengeluaran nih) dan hidup dalam keadaan yang agak daif sedangkan Mansor Adabi hidup mewah dan bekerja sebagai guru dan peguam. Pada tahun 1976,Natrah ditahan polis sebab atas cubaan membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Lepas tu dia dilaporkan masuk hospital sakit jiwa oleh Utusan Malaysia tapi anak-anaknya menafikannya.

Lepas tu ada la Natrah nie kawen dua tiga kali dan berpindah ke Amerika Syarikat. Sebenarnya rusuhan tu bukan sebab Natrah. Semua punca dari akhbar yang dok provokasi tu la.. Natrah time tu memang tak bley nak buat apa-apa sebab dia kecik lagi. Hidup dia porak peranda,kawen banyak kali dan bercerai.. Kalau la dia tau yang Mansor tu brenti nak dapatkan dia sebab dapat surat dari kapiaq laknat kononnya Natrah yang tulis surat tu,dah tentu Natrah Islam sekarang dan hidup bahagia. Pihak Kristian Katolik kat Belanda pulak buat tak tau je kat dia,masa awai-awai hari tu kalut sangat..saja dengki..picit teloq baru tau.. Natrah atau Bertha Hertogh dah meninggal dunia pada tahun 2009 ketika berumur 72 tahun akibat leukimia. Kesian dia mati dalam murtad akibat perbuatan khianat penganut agama Kristian Katolik. Tapi Allah bagi dia hidup lama sampai umur 72 tahun,kenapa dia still dalam agama kapiaq?..memang dia kena brainwash gila-gila nie. Mungkin la aku crita nie angpa tak dapat menghayati kisah Natrah nie. Kalau nak rasa kisah Natrah nie menikam kalbu dan menginsafkan kita umat Islam,klik la link dibawah...

Nie pulak video temuramah Datin Fatini Yaacob,Bekas Wartawan Dewan Masyarakat. Dia nie ada menulis tentang tragedi Natrah nie. Dia kot yang paling mengetahui secara mendalam tentang peristiwa nie sebab dia p jumpa Natrah,anak-anak Natrah dan Mansor Adabi.




nie pulak adalah ucapan dari Natrah atau Bertha Hertogh sendiri









McDonald's Oh McDonald's



Alkisah....Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradikDick dan Mac McDonald, tetapi adalah pengenalan "Sistem Perkhidmatan Speedee" mereka pada tahun 1948 yang mengasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi McDonald's. Jika anda ingin tahu lebih lanjut,sila ke Wikipedia lah sebab aku bukan nak cerita sal sejarah McDonald pun.

Aku just nak cerita tentang pendapat aku tentang McD nie..apa keburukan dan kebaikan McD??

Ada la sorang hamba Allah nie,kawan aku la.. Dya cukup meluat bila aku sebut McD.. Dan secara automatik dya akan paku aku tentang McD. Aku pun tak tau apa salah tokey McD Malaysia kat dya. Mungkin adat manusia kot suka komplen tentang minat sesorang. Lepas nie aku nak suruh dya buat persatuan Belia Benci McDonald's.

Contoh la ada Kedai Makan A dan Kedai Makan B..bagi angpa,Kedai Makan B lagi sedap..bagi angpa la..sudah tentu angpa pilih Kedai Makan B lagi kan??  Macam tu jugak la dengan aku...aku lebih pilih McDonald's dari KFC.

Ada seorang kawan aku,dya kata membazir makan di McD..dah la tak kenyang. Makan KFC lagi kenyang...teori aku adalah,aku nie jenis kalau makan kat kedai tu,65% mesti tak habis..dah jadi satu amalan setan.. "habis tu makan kat McD tu mahal,tak ke membazir tu..tak ke melakukan amalan kebiasaan setan tu??".. Memang la pada mata kasar,ianya membazir..tapi....err canne nak crita ea??..

Aku bahagikan kepada dua situasi la.. 
Situasi A : Harga tak brapa mahal dan makanannya banyak..tapi aku tak bley makan sampai habis,satu pembaziran..
Situasi B : Harga agak mahal (satu pembaziran) dan makanannya tak la banyak sangat..aku boleh plak makan sampai habis.
Pemerhatian : Dua-dua situasi melakukan pembaziran.
Konklusi : Dah terang-tearang dua-dua situasi diatas ada pembaziran,so  tak kisah la aku nak pilih yang mana pun dan aku pilih McD.

Lagi satu McD ada jugak buat promosi utk pelanggan yang rata-ratanya remaja.. tengok sekarang nie McD tgk bagi gelas percuma dengan setiap Large Set Dan Sundae.



Syarikat Makanan Segera pesaing McD selalu bagi mainan budak-budak umur 3 tahun sebagai free gift..korang budak-budak kerr??

Lagi satu berkhasiat apa hamburger McD nie..protein banyak,tapi garam banyak lagi la...garam bukan bley buat bagi gemok pun..


 Tapi yang jadi penyebab budak-budak jadi gemOk disebabkan McD adalah kerana mereka makan hamburger McD dengan sos cili..tengok budak-budak nie..nie sebab makan dengan sos cili la nie..


So nasihat aku,jangan la makan McD dengan sos cili,gemOk macam nie nanti susah nak bawak balek..

Aku taw post nie mungkin tak memberi apa-apa kesan kepada angpa dan mungkin membosankan..
Benda bodoh macam nie tak payah post la weyy..meluat ngat aih nak baca..!!

Aku sekadar nak meluahkan pendapat aku...

"Mengkritik dan Mengutuk itu dua perkara yang berbeza"
JustKhai
Admin Oh! Media

Tuesday, 10 May 2011

Serius Bebai...!!

Kelmarin,blog aku nie kasi aku satu masalah...
.......
.......
.......
.......
aku nak post sesuatu la kat blog aku nih
besa la baru buat,jakun la sket..hehehehe

tapi tak bleh nak post..
dya jadi macam nie
.......
.......
.......
.......

loading dalam kotak tu punya la lama..
berpeluh gak la aku tunggu.
dah tu aku p mandi,
dah abez mandi pun benda nie dok loading 
lagi......

ka mak aku p tutup internet ka??..
sebab ari tu skali aku dok on9 pukul 5 pagi,
mak aku p tutup moderm..haha

..back to our topic..
aku pun tanya la cikgu aku dalam 
Facebook
"cikgu,mcm mana nie? saya tak bley nak post pape nie?
idea dah la tengah byk ni cikgu"
"owh muridku,itu senang saja,kamu hanya perlu tekan compose"
lepas tu aku try la tekan,tapi tak boley tekan..!!
"cikgu,tak boley tekan la"
"erm...dya takmo bagi ang post la tu,tunggu la esok plak"


Jangan tanya la apa aku rasa lepas tu..memang bebai trok aa..
dok pikiaq la kat mana yang x btoi nie..
ada code yang lari ke??..
ada ke??..

lepas tu save template..huhu
buat blog baru..tapi..
jadi mcm tu jugak..
cisssss...!!!

lepas tu apa lagi,anak bongsu kekadang kurang sabar sket....
baru ja gaya nak buat macam nie
-
-
-

mak masuk bilik plak......


"Hadi...."
ini bukan ibu saya ye..ibu saya lawa,ikot muka anak bongsu dya..

"hang buat apa tak tido-tido lagi nih??..p la tidoq,esok bangun awai..
akak ang suruh ang cat bingkai tingkap nuh,nak kenduri dah..
satgi mak tutup internet kot..p tidoq..!!"


Dengan lemah longlai gemalai..menapak keluaq bilik,p tutup moderm...
masuk bilik balek..buat-buat gaya shut down laptop..
elok-elok dengar pintu bilik mak dah tutup,dan-dan bangun bukak balek laptop n moderm..haha

'tak bley tido awai..malam nie nak bertakafur depan lappy..'
tapi dok berejam depan lappy pun benda tu tetap tak bley nak post..
dok keraih jakun cam tu jugak...akhirnye......
....
..
.

aku give up aa dengan kebebalan yang meronta ronta..
aku p menyelam atas katil..tido lerr..hehe

Nak dijadikan cerita,keesokan paginye aku bangun pagi...
'nak bukak lappy,takot kecewa lagi..biar dulu la..'
pukul 3PM baru bukak lappy..
tengok-tengok dah ok dah blog aku nie...


ley jadi jakun balek aa...hahahaha...

"setiap ceritera sedih selalunya mempunyai happy ending"
Albert Einstein

Sunday, 8 May 2011

Perlis..jalan-jalan..tengok dunia..

Tanggal 2 Mei 2011,saya akhirnya telah sampai ke Perlis..hehe..saya suka buat terok..jgn kata apa-apa..

keluar dari rumah pada pukul 8 pagi (semangat)..haha

dok lokleh lokleh p makan,isi minyak apa sume,kul 9.15 AM kot baru nak mulakan perjalanan ke Perlis.

Sampai Alor Setar sejam kemudian..rasa macam nak keluar dari Alor Setar cepat uh..!!
sebab ada kenangan dgn Nurul Athira Binti Roslan..!!
kenangan manis yg teramat akhirnya memudaratkan diri
tapi Faiz suruh turun kat Alor Setar Utara kalau nak p Perlis..
dengan hati yg hiba,terpaksa la turun dari highway..

kaki kejang sebab bwk keta auto..tak jantan langsung..haha

lepas tu agak serabut kepala sebab nak cari jalan ke Arau,Perlis..
nasib baik la ada Mr. Garmin Asus saya..


Saya pun taip la UiTM Perlis..(perlis ada 1 uitm je)
then Mr. Garmin Asus tunjukkan route ke UiTM Perlis..


then,jumpa la UiTM Perlis..
lepas pungut ambil Mohamad Faiz,kami pun p ler mkn tengah hari
kedai mkn tu lauk tak sedap
tapi first time la makan ikan keli..adi gampang.

Then lepas makan,solat and straight to.......................

hahahahahaha....Gua Kelam...
tapi malangnye Gua Kelam ditutup diatas alasan.........

sedey gak la..dah la parking kena bayar..hampeh..

tapi takpe,kami p panjat bukit tepi tu guna tangga yg disediakan..huhu


tinggi OoooOooooOOoooo dapat bayangkan tak??
jumpa la org dok berasmaradana diatas tu..
paham-paham je la..kalut je time kami mai tuh..haha

Lepas penat panjat bukit,kami p Kuala Perlis utk menikmati ikan bakar disana..

masa on de way nak sampai tu,sempat la snap beberapa gambar sehingga menimbulkan 
kecemburuan seorg blogger..haha..

lawa kan??..


Ok...enough for show off..haha..

takmo p Alor Setar,benci...kami nak p Kuala Perlis..
sampai je kat pantai Kuala Perlis,parking keta..cari meja makan..terus order..

tuuuudiaaaaa Faiz order satu jag Fresh Orange,Sotong Goreng Tepung 3 org mkn,
dan ikan bakar..ikan apa ntah..tapi besaq la..
bayangkan an ikan 2 dya bakaq perghh...lepas tu ikan tu plak dya belah dua..
jadi terbuka la ikan tu..tulang dya buang..
then disediakan sekali sambal belacan (rasa mcm air asam Faiz kata,tak pedas) dan air asam.

sambil menikmati matahari terbenam plak tu...indahnya ciptaan tuhan..
lepas tu kami p solat dan balek la...
mls nak crita dah..panjang sangat kalau setiap detik berharga mahu diceritakan..
setiap detik yg berlalu adalah berharga.. 

Akad Nikah

Akad Nikah??..aku ka?..
mesti merana la gadis-gadis laen kalau aku 
yg akad nikah..hahahaha...


Al-kisah..mengikut perancangan awal,akak aku akn diAKAD_NIKAHkan pada 1 Mei..tapi Imam Masjid Taman Kenari kata dya ada mesyuarat pada hari tersebut...

So tarikh dipinda kepada 30 April..tapi lagi beberapa ari nak akad nikah,Imam Masjid skali lagi tukar tarikh p pada tarikh 1 Mei balek..dya kta tarikh mesyuarat ditukar ke 30 April plak dah..

Sedikit geram dan kecewalah sebab aku nak p perlis..dah setting chantek dah ari sabtu ( 30 April )..kena p tukar p ari ahad plak dahhhh ( 1 Mei )..paz tu setting balek..tup tup kena tukar tarikh balek p ari sabtu..kalau angpa la,geram x??..mesti rasa nak nanges an?..haha..tapi aku steady..hehe..

Dua ari sebelum akak aku akad nikah,teruk gak la aku kena buat keja.. takpa takpa..nanti aku kawen siap angpa.. 


Takpe la mcm mna pun,akak aku selamat diAKAD_NIKAHkan pada 1 Mei 2011

sebelum p masjid nih..


tersengih-sengih tersengih-sengih..hahaha



dah selamat... :)

pengantin dah lawa,background je spoil..
kena p bergambar kat Mengkuang Dam nih..

p/s : Semoga bahagia ke anak cucu cicit dah bagi saya anak menakan (anak saudara) yg comey lotey macam saya...

ha kan comey tuh..hahaha