Wednesday, 11 May 2011

McDonald's Oh McDonald's



Alkisah....Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradikDick dan Mac McDonald, tetapi adalah pengenalan "Sistem Perkhidmatan Speedee" mereka pada tahun 1948 yang mengasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi McDonald's. Jika anda ingin tahu lebih lanjut,sila ke Wikipedia lah sebab aku bukan nak cerita sal sejarah McDonald pun.

Aku just nak cerita tentang pendapat aku tentang McD nie..apa keburukan dan kebaikan McD??

Ada la sorang hamba Allah nie,kawan aku la.. Dya cukup meluat bila aku sebut McD.. Dan secara automatik dya akan paku aku tentang McD. Aku pun tak tau apa salah tokey McD Malaysia kat dya. Mungkin adat manusia kot suka komplen tentang minat sesorang. Lepas nie aku nak suruh dya buat persatuan Belia Benci McDonald's.

Contoh la ada Kedai Makan A dan Kedai Makan B..bagi angpa,Kedai Makan B lagi sedap..bagi angpa la..sudah tentu angpa pilih Kedai Makan B lagi kan??  Macam tu jugak la dengan aku...aku lebih pilih McDonald's dari KFC.

Ada seorang kawan aku,dya kata membazir makan di McD..dah la tak kenyang. Makan KFC lagi kenyang...teori aku adalah,aku nie jenis kalau makan kat kedai tu,65% mesti tak habis..dah jadi satu amalan setan.. "habis tu makan kat McD tu mahal,tak ke membazir tu..tak ke melakukan amalan kebiasaan setan tu??".. Memang la pada mata kasar,ianya membazir..tapi....err canne nak crita ea??..

Aku bahagikan kepada dua situasi la.. 
Situasi A : Harga tak brapa mahal dan makanannya banyak..tapi aku tak bley makan sampai habis,satu pembaziran..
Situasi B : Harga agak mahal (satu pembaziran) dan makanannya tak la banyak sangat..aku boleh plak makan sampai habis.
Pemerhatian : Dua-dua situasi melakukan pembaziran.
Konklusi : Dah terang-tearang dua-dua situasi diatas ada pembaziran,so  tak kisah la aku nak pilih yang mana pun dan aku pilih McD.

Lagi satu McD ada jugak buat promosi utk pelanggan yang rata-ratanya remaja.. tengok sekarang nie McD tgk bagi gelas percuma dengan setiap Large Set Dan Sundae.



Syarikat Makanan Segera pesaing McD selalu bagi mainan budak-budak umur 3 tahun sebagai free gift..korang budak-budak kerr??

Lagi satu berkhasiat apa hamburger McD nie..protein banyak,tapi garam banyak lagi la...garam bukan bley buat bagi gemok pun..


 Tapi yang jadi penyebab budak-budak jadi gemOk disebabkan McD adalah kerana mereka makan hamburger McD dengan sos cili..tengok budak-budak nie..nie sebab makan dengan sos cili la nie..


So nasihat aku,jangan la makan McD dengan sos cili,gemOk macam nie nanti susah nak bawak balek..

Aku taw post nie mungkin tak memberi apa-apa kesan kepada angpa dan mungkin membosankan..
Benda bodoh macam nie tak payah post la weyy..meluat ngat aih nak baca..!!

Aku sekadar nak meluahkan pendapat aku...

"Mengkritik dan Mengutuk itu dua perkara yang berbeza"
JustKhai
Admin Oh! Media

No comments: