Tuesday, 28 June 2011

Teknologi Malaysia

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.


(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Keburukan Operator..

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2050

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu....

Pelanggan : heloo, saya nak pesan Pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah : 03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit : anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg saya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot..



credit to sembangkosong.com

Oooowwww....please lah..!!!

Puisi Dari Sang Arjuna

Isteriku ,
Jika engkau bumi, akulah mataharimu.
Aku akan menyinarimu kerana engkau, mengharapkan sinaran dariku..
Ingatlah bahtera yang kita kayuh selama ini, begitu penuh dengan riak gelombang...
Aku pasti akan tetap menyinarimu bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku...
Lantas aku ingat satu hal bahawa, Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet-planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
Menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet-planet
lain...





Balasan Puisi Dari Sang Dewi Kamala
Suamiku,Seandai kau memang mentari,
Sang suria yang memberi cahaya,
Aku merelakan engkau memberikan sinaranmu, kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan, 
kerana mereka juga seperti aku yang memerlukan cahayamu, dan....
aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII.....


Bila kau hanya sejengkal lilin yang hanya berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum tentu dapat kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
Di tengah remang-remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...MATAHARI atau LILIN?
Atau jangan-jangan...Hanya cuma, sejengkal mancis saja!!!!!
please lah....!!! jangan la nak berangan!!


p/s : owww sumpah aku benci kalau ada pompuan yang kata oooww please lah..!! kat aku..rasa rendah diri,malu,segan,macam tergedik-gedik plak kat pompuan tu..menjengkelkan,annoying. Perasaan yang akan dialami oleh seseorang yang bersifat terlalu sensitif macam aku..haha..

Sunday, 26 June 2011

I'm So Sorry

Bayangkan kita dipanggil pulang oleh Allah malam nie. Lupakan semua kejahatan kita dan kebaikan kita,tetapi ingat kebaikan manusia lain pada kita dan kesipalan kita pada orang. Dan ampunkan semua orang dan meminta ampun pada Allah sebelum kita memejam mata kita malam ini. Saya ingin meminta maaf kepada anda semua andai ada salah dan silap saya. Lailassa'adah.  


Maaf ditujukan kepada seseorang dan keluarganya..
Thank you for the reprimand and have an eyes to my blog.

Wednesday, 22 June 2011

Konflik Laki Bini

Laki talipon,> > Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?


Bini jawab,
Takmau bang, bini awak diet...


Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....


Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....


Bini jawab,
Memangla orang kata takmau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....


Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?




-----------------------------------------------------------------




Laki talipon bini,
Petangni awak nak masak apa Yang?


Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah


Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!


Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?




----------------------------------------------------------------




Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih


Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...


Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?




----------------------------------------------------------------




Bang, ujung mingguni balik kampung nak?


Abang keja lah yang....


Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik


Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.


Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?




----------------------------------------------------------------




Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...


Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain


Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?




---------------------------------------------------------------




Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....


Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...


Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!


Sumber : SembangKosong.com
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...

Thursday, 16 June 2011

Laman Sosial

Aku benci intro..haha...tak taw nak mula macam mana..tapi kalau suh ngorat awek tu,taw la nak start macam mana. Ok aku tipu..depa yang ngorat aku..

Laman sosial pertama yang aku kenal ialah Myspace..masa tu aku Form 3 kot.. Depa dok syiok buat akaun Myspace sebab nak hias akaun lawa-lawa je.. Macam dah tak dak motif lain depa hidup dalam dunia nie.. Lepas tu satgi ada pompuan mai komen kat wall depa;

Cantik profile awak..

Profile awak pun cantik jugak..

Err..nak dipuji mesti la kena memuji dulu an..hahaha...


Aku tak buat pun Myspace tu..macam tak syok ja..gedik ada la.. Padahal masa umo tu,mana minat lagi menatang nie sume..haha..

Lepas tu aku didedahkan pulak dengan Tagged. Aku buka aib aku skit,aku penah ada akaun Tagged. Masa nie budak lagi ok..memang terasa jahil yang teramat sangat aa..bab yang add org tu yang paling bangang tu..add pompuan lawa je..haha.. Yang kawan aku lagi dua org lagi bangang tahap dewa punya..depa dok lumba sapa yang add lagi ramai. Ada dua cara nak add..cara pertama,klik gambar,direct link ke profile org tu..lepas tu baru add.. Cara kedua memang rambang kaw-kaw punya aa.. Ada 1 bar,bersusun gambar-gambar profile org,saiz gambar tu ada la dalam 1cm x 1 cm. Kat bawah gambar tu ada perkataan add..klik add je la tanpa di direct p link mana2.. ada 10 gambar satu line,haaa klik add satu-satu..kurang dari 5 saat dah dapat 10 kwn baru.. Aku tengok kawan aku tu punya dok klik la sampai lumpuh separuh badan,OK aku tipu.. Aku dok kata dalam hati,ish depa nie..perangai cam beruk bersosial je..jakun gila..macam budak-budak dah.. Padahal aku pun sama je la..bangang jugak sebab dok main Tagged tu..


Then aku tak main dah Tagged sebab aku malu dengan diri sendiri..haha.. Masa aku keja cc tu aku mula kenal Yahoo Messenger ( YM )..tu pun sebab masa aku keja kat pasar raya dulu,sebelum kami pakat-pakat berenti ramai-ramai ( niat suci nak bagi kompeni tu lingkup,rancangan gagal ) ada la sorang budak nie bagi e-mail dia,dia suruh add kat YM. Aku taw lama dah pasal YM nie..juz tak gunakan aje..aku kan tak sosial..wuahahaha..

Suatu hari tu masa dok mesej dgn kawan skolah ( yg ni pakai henset je,tak payah risau line terputus...weee ),dia tanya soalan yang membuat diri aku trasa bodo sejenak..haha..

Hadi,ang ada Facebook tak??..add la aku..

Facebook??..menatang hape tu??..

Ala...Facebook pun tak tau? Keja CC,dok depan tenet hari,Facebook pun tak tau..aku nak gelak sat bley tak??..haha

Gelak la..  =.="

Tak jadi la..ang tulis ja Facebook kat Google Search tu,lepas tu sign up..

Tagged tinggal tros lepas tu...kira dok bersosial dalam FB ja.. Melalui FB nie jugak la aku jumpa seseorang..hehe..sampaikan kawan-kawan aku tak percaya...weeewwitttt.... Entri yg lepas aku ada crita macam mana aku bley dapat number fon awek lama aku tu kan? Yang nie pun aku pakai taktik sempoi gak..bukan aku tak gentleman ok..nie org panggil pakai otak.. Tak payah nak p berkenalan dengan si empunya badan utk tahu dya jenis macam mana,sosial ke tak,ada boypren ke tak. Kalau buat cara gentleman,tengok-tengok dia dah ada pakwe/awek camne?..malu je.. The era of try and error is past.. Nak berjaya ngorat awek??..tiru macam saya..bley ngorat je la,kekal tak kekal tu,pandai-pandai angpa aa.. 



Ok aku sambung balek..budak tu penah mai 3 kali je sepanjang setaun aku keja cc tu.. First time dia mai,aku juz tengok and sedikit berkenan.. Then aku brenti keja sat untuk 2 bulan..bila aku masuk keja balek,budak pompuan tu mai skali lagi..time nie memang dah berkenan sungguh-sungguh dah.. Tapi aku tak tegur la...segan..aku an pemalu.. Aku tunggu berbulan jugak lah,dia tak mai-mai dah.. Then dekat-dekat aku nak brenti dah,nak masuk poli,dia mai skali lagi.. Setiap cyber cafe sekarang nie sume pakai sistem head control kat main computer..so aku boley buat apa saja terhadap komputer customer termasuk snap gambar screen depa,control cursor and komputer depa. ( aku selalu kacau sorang budak tu..dia main game GTA San Andreas,bila dia naek helikopter je,aku bukak remote control pc dia kat pc aku..so aku bley kawal komputer dia la..aku tekan enter..karakter yang dia dok main tu jadi macam tiba-tiba p terjun dari helikopter..budak tu pening aa direct mau terjun ja..haha )

So aku printscreen pc budak pompuan tu time dia bukak FB..jadi aku dapat taw la nama FB dia tanpa sebarang mutual friends,direct chit-chat dan sebagainya..orang terer ja bley buat..haha.. Aku dapat ngorat ke tak budak pompuan tu,jangan tanya aku..

Tapi masa aku blogwalking,aku terjumpa dan baca satu artikel nie..nie aku copy paste je taw..bukan aku buat ayat aku sendiri... alasan : malas..haha..

Penutupan akaun laman jaringan sosial Facebook yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini seolah-olah menjadi petanda kepada permulaan zaman lesu laman web tersebut.

Pakar psikologi Internet, Graham Jones memberitahu pengguna Facebook mula berasa bosan setelah satu tempoh masa menggunakan Facebook.

"Adalah sesuatu yang normal bagi seseorang individu teruja menggunakan sesuatu yang baru. Dia kemudian akan berasa bosan dan beralih pada perkara baru," katanya.

Kajian berkaitan penggunaan Facebook yang dijalankan di United Kingdom (UK) menunjukkan sebanyak 100,000 pengguna di Britain telah menutup akaun mereka sejak bulan lalu.

Penutupan secara mendadak itu turut dikaitkan dengan kebimbangan pengguna Facebook mengenai pencerobohan data dan maklumat peribadi mereka. Malah, timbul spekulasi bahawa laman Facebook juga bakal berdepan waktu suram seperti yang dialami MySpace dan Friendster.

Awal tahun ini, para eksekutif Facebook mengumumkan jumlah pengguna laman web itu UK mencecah 30 juta, iaitu separuh daripada populasi penduduk UK.

Di Amerika Syarikat (AS), jumlah pengguna Facebook juga jatuh merudum kepada 149.4 juta pengguna berbanding 155.2 juta sebelum ini. - Agensi

Memang FB dah tak brapa best dah sekarang nie. Dah lengai bodo dah.. So mari kita beralih arah...angpa nie xde anjakan paradigma dalam diri langsung aa.. Aku ada la sket sebab aku ada buat Twitter...weeeee....tapi aku tak reti guna,sebenaqnya malas nk selongkaq sebab aku bukan ada kawan pun dalam.tu..kawan-kawan aku yg lain belum ada kesedaran dalam diri utk membuka akaun Twitter..


Ataupun kita join satu lagi yang baru..Pocodot..help connect the dots in your life.. Tengok macam syok,rasa macam syok..jom try!! Pocodot nie ada button dislike.. design dalam dia lebih kurang FB aa.. Dulu cikgu tusyen aku penah tanya,barang original dengan barang ciplak ( ciplak ye bukan tiruan ) mana yang lagi bagus..kami sume jawab barang ori la cikgu..cikgu pun agak-agak aa nak test kami..macam la kami nie bodo sangat cingu...eeeeiii!.. Tapi cikgu aku jawab barang ciplak la kebanyakannye lagi bagus dari barang ori sebab depa copy n improve.. Mungkin Pocodot nie ciplak FB tapi Pocodot lebih sempoi dari FB..kita try la dulu..


Kalau angpa rakyat Malaysia sejati,angpa guna laman sosial yang Malaysia punya.. myfriends2u.com.. 


Tapi sumpah aku takmo guna yang nie.. Bukan sebab aku tak support Malaysia tapi ada muka Najib kat depa tu...spoil! Lagi satu bulan nie kerajaan Malaysia banyak buat hal.. Minyak naik,tarif letrik naik ( aku dah tak bley main internet lama-lama dah ),block abez laman-laman web..last-last skali rakyat jugak yang terima padah..abez sume laman web kena hack.. Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.. Kerajaan pandai,depa tutup laman web depa,www.malaysia.gov.my .. Laman web orang lain yang kena..



Banyak lagi dok ada...aku malas nak buh sume...angpa bukan nak baca pun..ada yang di hack n dah di recover kan dah.. 

Natijahnya,block la laman-laman web lucah kat Malaysia nie..budak-budak skolah apa sume tu..tu belum kira awek kedai topup Hotlink lagi tu..cam haram.. Hacker-hacker tu sendiri rela Malaysia block porn site dari Malaysia block web-web utk men download nie..padahal macam la hacker tu tak tau tukaq DNS..tukar DNS je and sume web yang di block oleh Malaysia bley dilayari dengan hati yang girang.. Hacker tu saja nak cari point nak hantam kerajaan..dah lama dah tunggu point nie.. Hitler pun marah Malaysia block laman web download-download nie..siap ada org bunuh diri lagi..

Hitler Bengang


Dua orang bukan rakyat Malaysia bunuh diri

Nah..nie lagi laman web kat Malaysia nie yang kena hack..angka ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa...haha... Apasal politeknik pun kena hack..aku nak sambung blajaq camne weyy..


SabahTourism.com – Hacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) – Hacked
Tourism Malaysia – Unaffected
UiTM Penang – Hacked
JBiotech - Hacked
Social Welfare Department (Ezi2Care) – Hacked
CIDB – Hacked but back up 12:20am
Land Public Transport Commision – Hacked but back up 12:15am
1Malaysia – DoS / Switched off 3:45am
Malaysian Communications and Multimedia Commission - Unaffected
ASEANConnect – DoS / Switched off
Malaysian Meteorological Service – DoS / Switched off
Ministry of Education – DoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia – DoS / Switched off
Bomba - DoS / Switched off
TMNet - Unaffected
Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya Malaysia - DoS / Switched off
Parlimen Malaysia – DoS / Switched off
Malaysian Treasury – DoS / Switched off
University Kebangsaan Malaysia – DoS / Switched off
Jobs Malaysia – DoS / Switched off
Information, Communications and Culture – DoS / Switched off
Human Resouce Ministry – DoS / Switched off 3:59am
National Sports Council – DoS / Switched off
Polis Diraja Malaysia (PDRM) – DoS / Switched off
.

Wednesday, 15 June 2011

Saat-Saat Mula Perkenalan Kita

Assalammualaikum...

Ok aku mulakan entri bodoh nie dengan gelak ketawa yang galak serta gedik.

Mesti angpa pikiaq aku nak tulis pasal awek aku kan?..xde la.. Tak larat nak feeling dah sampai nak termuntah.

Lagu yang angpa dok dengar nie bertajuk The Man Who Sold The World by David Bowie.. Klik link tu kalau nak tengok video dya yang live punya. Kurt Kobain ( Nirvana ) nyanyi balek lagu nie 20 tahun kemudian. Aku suka sora dya..Trippy voice..angpa tak suka??..Sila maki hamun aku secara terbuka ye...

Aku nak crita macam mana yang aku boley kenal komputer dan internet nie dan segala isi dalamnya samada yang baik mahupun yang tidak baik..hahaha..aku taw dah angpa dok pikiaq kot len dah.. Asal sebut internet je,sebut sikit ayat the disadvantage of internet,mesti angpa pikiaq kot len..patot la kat Malaysia jadi macam nie.......
see??..aku baru tulis budak s,tudiaaaa Google siap dah bagi pilihan kat aku lagi nak budak sekolah jenis macam mana..siap 7.87 billion entri lagi only for 0.06 second's searching! Wow! Memang familiar aa Google kat Malaysia nie pasal budak-budak skolah nie.

Tak guna la aku nak cakap pasal kemahiran budak-budak skolah sekarang,(kecuali budak pra-u..hee).. Aku dah pesan siap-siap dah kat awek aku,nanti kawin,tolong lahirkan anak-anak perempuan yang punyai pipi gebu macam U ye..boley I tampar tanpa belas kasihan bila depa hawaq skit nanti. Sumpah I akan tampaq..biaq depa benci I pun takpe..

Sebab bila depa takot kena tampaq,kena akan kurang bersosial and kurang buat dosa,InsyaAllah. Bila depa kurang dosa,boley la I hantam duit hantaran tinggi-tinggi sebab nanti nak transfer anak yang punyai pahala banyak dan kurang dosa kepada bakal suami dia. I ada baca satu entri tu,blogger tu mintak duit hantaran rendah-rendah je sebab nak transfer dosa anak pompuan bakal pak mertua dia kepada dia. Tapi kes kita,anak kita dosa tak banyak,duit hantaran I nak tinggi-tinggi aa... Cantek pun cantek macam ibu dia,pandai memasak macam ibu dia,warak macam ibu dia..complete package maaa...life is business..hahaha..pandai tak I darling?..confirm senang hidup kita nanti. Tak perlu susah-susah p daftar diri sendiri kat Pusat Penjagaan Orang-Orang Tua..hahahahahaha....

Eh! Dak-dak! Aku nak cakap pasal aku..pasai pa lari tajok nie..senoi!     =..=

Alkisah,ayah aku mula beli komputer rumah masa aku darjah 5. Yang aku ingat masa tu taun 2000..pakai window ME..ayah aku beli komputer sebab terpengaruh dengan crita omputih yang mai godam KLCC taun 2000 kot     =.="

Masa tu ada internet dari TM je..cucuk wayar punya. Umah aku ada la internet time tu tapi kami tak reti pape lagi. Nak p riak unta kat skolah pun tak reti lagi..kira dok p skolah dok p belasah kawan ja. Biasa la anak cina gangster.


Penah satu malam.aku dok tengok la akak aku dengan sepupu aku dok maen komputer. Aku saja-saja p tengok. Time aku sampai dekat ja,depa kata aish,budak-budak tak bley tengok! Aku rasa cam nak lempeng ja muka depa tapi kak aku dulu cengey..pendam dendam je la aku..ingatkan depa bukak apa...rupanya bukak komuniti chat..KampungChat.

Aku nie dari kecik sampai besaq aku tak minat chat-chat yang maen rambang macam nie. Macam budak-budak je..aku rasa dewasa masa tu..haha.. Esok malam tu,turn abang aku plak dok maen. Dia bukak Jaki Online..ala macam 4shared gak. Tak taw la Jaki Online ada lagi ke x sekarang nie.

Lepas tu bila taun ntah ayah aku potong internet kat umah aku. Tinggal la komputer saja..tu pun bley jadik...aku ngan abang aku cari cd game,lepas tu install game dalam tu..sampai ayah aku bebai sebab kena format komputer sampai berbelas kali..time tu skali format komputer,kena caj sampai RM100 lebih..sekarang nie aku bley p format free je..huahahaha...tapi rasa-rasa mcm tak bley dah lepas nie..

Ayah aku bebai,dia amek wayar yang connect antara CPU dgn monitor. Ingat anak dia tak cerdik..haha..abang aku juara dlm pertandingan membina laman web antara skolah-skolah Penang kot. So dia ada la kunci bilik komputer kat skolah dia..dia balaih wayar tu bawak balek..kami pun maen game sambil gelak sakan la..haha..

Lepas tu ayah aku dok garu kepala macam mana komputer nie saja-saja pun bley lingkup..haha.. Masuk skolah menengah,aku tak maen dah komputer kat rumah. Lembab..aku p main aci ligan dengan kawan-kawan. Masa aku Form 1,aku dah start main game online plak..Gunbound..best gila la time nie..la nie tak best dah..  =..=

Owh lupa..masa aku dari Darjah 2 lagi aku dok main game LAN..Local Area Connection.. Game tengah top masa tu game Counter Strike ngan Half-Life aa.. Pukul 9 pg dah p bratuq depan cc dah. Macam bodo lagi..

Counter Strike Source
Half Life
Aku ingat lagi masa taun lepas aku keja cc. Ada suatu pagi tu,seekor seorg budak India nie mai cc..pagi-pagi cc bukan ada customer lagi pun..aku yang dilanda kebosanan nie pun saja la ajak budak tu fight half life sebab budak-budak Melayu yang dok mai,depa kata India tu selalu ajak fight tapi depa tak brani..kira aku taiko la sebab depa mai mengadu kat aku..haha.. Budak India tu dengan confident terima cabaran aku..haha.. 

Deyy tambi...guwa maen ini game sudah 10 taun lu taw ka? lu umo brapa?

8 taun bang...

HAHAHAHAHAHAHA..lu tak branak lagi guwa dah maen..lu nie senang-senang ja gua hantam..

Abang,toksah dok ckp banyak la.. Nak maen ke tak nie? Saya dah get ready nak menang nie

=.="

Aku suka tengok muka budak tu time dia tertekan..selamat dia main 5 kupang ja,utk 16 minit..tolak intro-intro game apa dan la dia maen 12 minit. Aku rasa 12 minit tu pun dya dah rasa cam neraka dunia dah.. Kalau aku pun fed up dalam masa 12 minit,dia kena bunuh 50 kali,dia bunuh diri sendiri ( atas sebab nak mati bersama aku la kononnya..haha) 6 kali.. Maknanya dia kena bunuh kurang 20 saat sekali..haha...

Hadi Halim ::::::  kill ( 50 ) killed ( 0 )
Budak India :::::: kill ( -6 ) killed ( 50 )  extra; kill himself ( uncountable )

Yang extra tu akan terjadi kalau budak tu main lagi sejam..haha...

Kisah aku dengan si hensem Aliff Ashraf lagi best...kami buli anak cina..hahahahaha...memang kuahajaq aa time tu..nak qeyau anak cina tu..bebai kena buli..

Start aku keja cc tu la aku mula kenal laman-laman sosial nie..aku taw aku lambat..angpa jangan kata aku bodo bangang taktaw perkembangan dunia.. Haaa...aku malas nak cakap..satgi angpa kata aku riak..baru taw sikit dah riak cam gampang..

Masa aku keja cc nie aku start taw guna segala jenis software yang banyak membantu manusia.. Such as Internet Download Manager,MpcStar,Photoshop,Winamp,JetAudio,JSSJ,pdf reader..macam-macam la..

Aku sebenarnya nak crita pasal web browser...aku dok saja-saja blogwalking ari tu,ada satu entri nie dok bagitaw pasal web browser nie.. 

Web browser yang pertama aku guna mesti la IE...Internet Explorer... OK masa nie aku taktaw pape lagi.. Bila dah pandai sket,aku guna Mozilla..masa keja kat cc dulu. Sekarang dah tak guna Mozilla...semak..aku guna Google Chrome.

Bab-bab internet nie aku memang suka benda yang baru.. Installer dalam lappy aku ada banyak tapi aku tak install pun sbb tak guna...aku suka buat koleksi je..hehe...
Lepas tu Akmal S@n@f ada invite aku guna RockMelt..


bez la RockMelt nie sebab lagi senang nak bersosial..tapi lappy aku kecik je,jadi tros tak best..lagipun aku bukan seorang pengsosial macam yang aku cakap awai-awai tadi.

Lepas tu aku install plak Safari...waaaaa....Safari memang best...rasa cam pakai Apple..haha... Macam biasa,aku install untuk perhiasan...aku tak pakai pun..last-last aku delete..wuahahahaha..

Tapi aku ada jumpa beberapa web browser yang lain.. Aku nak try! lawa gila kot..haha.. Nama dia Lunascape..

Nak taw apa yang best pasal web browser nie?? Sebelum nie kita dok rasa Google Chrome dah laju an??.. Sebab Google Chrome memang laju pun. Tapi ada yang lagi laju dari Google Chrome..yakni Maxthon 3.0. Dan Lunascape nie lagi laju dari Maxthon nie! Nak jadi manusia yang tamak,kita jangan cepat berpuas hati dengan hanya memakai Google Chrome. Pakailah Lunascape. Tapi aku malas nak godek web browser tu,so aku pakai Google Chrome je lah..angpa nk pakai Lunascape,pakai la..tapi jangan dok riak sangat..manusia biasa riak..haha..

Kelebihan Lunascape nie,dia ada 3 engines..dia balas engine dari IE,Mozilla and Google Chrome. And engine tu depa modified jadi lagi sempoi..broom broom....

Kalau angpa bukak web apa-apa ke,and loading slow,angpa bley tukar engine dia.. Tak paham an? Download je software web browser tu,then godek sendiri..haha...

Tadi aku try bukak sume bookmark aku dlm satu window tab. Tak sampai 50 pun tapi dah hang... Lunascape dah di uji dengan membuka 100 tab dlm 1 window tab..sikit pun tak sangkut...aiyooo... Aku ubah balek kata-kata aku tadi...aku nak pakai menatang nie..haha..

Ada lagi web browser yang lawa... Angpa try je la noh..aku tamak...aku nak download sume.. Manusia tak penah puas..wahahaha...tambah-tambah laki..



Haaaa....ada satu lagi.. Untuk Akmal S@n@f,aku balas budi baik ang dengan tunjuk kat web browser nie..betul-betul istimewa untuk ang..walaupun aku taw ang memang akan download web-web browser yang aku tunjuk kat atas tu..tapi yang nie memang special untuk ang.. 


Stainless nie respons kepada Google Chrome..kira nak seakan akan la.. tapi aku tengok macam lain la sket.. Kacuk nie...Kacukan dari Google Chrome,RockMelt,Safari.. Nak taw pasai pa aku kata web browser nie aku bagi special kat ang..sebab aku taw masalah ang...kawan-kawan mai umah ang,suruh ang bukak laptop,lepas tu depa nak main Facebook..ang terpaksa log out akaun ang and bagi depa log in..lepas tu mai lagi seorg,nak main FB jugak. Kena log out lagi. Turn by turn.. Dengan Stainless,ang tak perlu lagi utk log out. Ang hanya perlu bukak tab baru. Stainless mempunyai kelebihan utk membuka dua akaun FB dalam satu window tab. Hidup ang akan bercahaya kembali selepas ini...weeeeeee....

Entri seterusnya : Laman Sosial...tunggu je la..paling cepat esok..paling lambat,hanya Tuhan saja yg tahu..

Wednesday, 1 June 2011

Saya Ada Kawan-Kawan Yang Chantek..!! part 1

Ramai dah yang kata aku dok mengorat orang la,aku ramai kawan pompuan la.. Angpa tak taw macam mana permulaan aku berkawan dengan depa,angpa toksah dok banyak cakap...umah aku ada terompah yang aku curi kat surau skolah 3 taun lepas,angpa nak rasa ka? 

Memang aku agak rapat dengan depa tapi x dak maknanye aku nak mengorat depa. Dok kawan syiok-syiok,lepas tu kapel..lepas tu putus..hubungan tu takkan rapat macam dulu dah...toksah dok mimpi la nak rapat macam dulu sebab salah sorang mesti makan ati dan sentiasa sebut kenangan-kenangan indah bersama dulu.

Angpa ja tengok macam aku dok mengorat tapi p la tanya depa sendiri depa rasa apa tentang aku? Jawapan depa adalah BOLEH JOIN SATU KEPALA TAPI BELUM TENTU BOLEH COUPLE! 

Banyak lagi nie aku nak luahkan..susun ayat punya cantek semalam tapi ari nie dah lupa...sorry...aku benci intro!!

     .: saidatul suhana :.                  .: alia laila :.                      .: nur syazni :.       
 Saidatul Suhana : Aku pun tak pasti sejak bila aku kenai dia nie n macam mana bley rapat. Latar belakang dia pun kabur je. Celah mana la dia mai dalam idop aku..try p tanya dia kot-kot dia ingat. Budak nie kepala otak masuk ayiaq. So bley dok melawak bodo and dok buat gila la dengan aku...kak dia pun sama masuk ayiaq gak. Biarkan hidup depa sekeluarga bahagia.

Kekadang aku ingat budak nie macam tak dak prasaan je tapi satu ari tu dia crita kat aku dia pun manusia gak,ada prasaan. Dia pernah ada prasaan kat seseorang. Sumpah dua tiga ari gak la aku jadi hipokrit..pura-pura tumpang sedih..hahaha...tapi aku tumpang simpati la...takziah dari kami sekeluarga ye suhana.

Alia Laila : Ok rasanya macam tak perlu describe terok-terok pasal kanak-kanak ini. Aku berkawan dengan abang dia since aku darjah satu lagi. Masa tu kat skolah Sg. Ular..hari-hari aku tunggu abg  dia kat depan pintu bas. Aku pun tak tau apa yang bestnya abg dia time tu...aku tak ingat dah..tapi bab best yang aku ingat,segala jenis permainan dan layanan ibubapa depa kat umah. 

Time aku aku kecik lagi. Mana nak taw pape. Direct p lepak umah depa ja..dah macam umah tumpang la plak.. P lepak dalam bilik abg dia..tak cukup dengan tu,p lepak kat ruang tamu plak p men PSOne. Masa tu menggigil-gigil men game sebab punya sronok.

Lepas tu mai la si Baby..si Alia tu la.. Sampai Alia masuk form 3 baru aku taw owh nama dia Alia Laila..bukan baby.. Masa dia kecik-kecik aku geram dengan dia..dia selalu rampas barang aku..acctually barang abg dia. Tapi aku budak-budak lagi masa tu..aku tengah main dia p amek plak..nak lempang kang,aku kena peqambat balek.

Kepada sesiapa yang dok merasa aku tengah prayat cik adik manis nie,sila ubah persepsi anda ye. Aku kenal dia sedari kecil..dulu kecik-kecik kawan dgn si abg,dah besar kwn dgn si adik plak. Nak p kwn dgn abg,segan..hahaha..alasan..

Nur Syazni : Aku ingat lagi masa tu kat depan kelas 4SCN1..kat tangga tu.. Jangan gelak time baca ayat-ayat kat bawah nie..time nie budak-budak lagi.. Mana reti nak susun ayat.

Hadi : Noni..kawan-kawan ang sombong noh...kami nie senior,tak tegur kami pun.

Noni : Kawan-kawan ang pun sombong. Aliff Ashraf pa sume tu..owg teguq depa buat tak taw ja..

Hadi : Aku tak sombong. Kawan la ngan aku..hee..

Noni : Aku pun tak sombong.

Lepas tu dua-dua tersengih-sengih beruk..tarik muka ayu sket. Terjalin la satu hubungan persahabatan disitu..haha.. Sampai sekarang la dok berkawan. Dengan dia nie ada banyak jugak benda bley crita tapi saja malas nak crita. Rahsia kami aa...hahahahaha...tu dah start dok pkiaq kot len dah aa tu..

Ada sorang lagi....................oleh sebab dia puji aku......

Aku pun nak selit-selit la jugak minah nie dalam entri nie.. Fadzilah Samsudin?..btol ka aku eja nama ang??..


Tak payah crita banyak sal dia nie. Aku intro pasal dia ala-ala karangan masa UPSR ye...
kenal - form 6 - SMKKEL - sekelas - aku brenti form 6 - dia pun sama - sambung f6 - Langkawi - dok sana - ikot family - selalu qeyau - kena buli - budak-budak langkawi - jati diri kuat - dapat suaikan diri - dah aku malas nk crita...................

Dia la satu-satunya kawan dari Form 6 Keladi yang still contact dgn aku sampai sekarang. Masuk ayiaq gak nie setitis dua..



Nate Berok..!!

Ada la sorang kawan aku nie,tapi aku jarang mengaku kawan..huhu.. Dia punya biadap p buh gambar aku jadi profile pic dia..aku taw la aku hensem tapi toksah la dok promote sampai tara tu..

Selamat la aku maju setapak...bley la aku buat lagi advance..amek ang mawi...lepas nie ramai la kol ang.

walau pun x brapa nak menjadi tapi ok la..haha..aku tak tau la nak kata apa lagi..angpa gelak je la..

Oleh sebab aku boring terlampau malam nie,aku mengadu nasib kat Alia Laila..dia pun dengan penuh rasa kaseh sayang,bagi link nih... Alia bagi dapat 4 flat..nanti bley la aku beli BB jugak..kita BBchat..huhu..

Kepada mawi,tengok kawan baik ang nie..haha