Friday, 22 July 2011

Virus Facebook!!

Baru-baru nie aku terkena..pompuan mana ntah mai chat ngan aku,speaking BI.. Dalam hati aku dok kata pasai pa budak nie dok buat gampang nak speaking ngan aku nie..abez stail dah aa tuuu.... Aku bukak la profile budak pompuan tu sebab nak tengok dia nie sapa dia sebab aku bukan kenai orang,orang je kenai aku..haha.. Tengok-tengok budak tu bermastautin di Mesir..lidah dah keraih kot,tak reti cakap melayu..haha..

Dia tanya aku soalan-soalan mcm dia kenai aku je. Dia tanya Wanna laugh? It is you on the video? Want to see?

Apa yg ada dalam fikiran aku masa tu;
1. Mungkin dia nie kawan skolah rendah aku sebab tu aku tak cam dia tapi dia tak tau ke yg aku nie serius and tak banyak bercakap bila face to face dengan pompuan? So mesti la dya tak pernah tengok aku gelak-gelak. Aku cakap banyak dalam laman sosial je,time skolah rendah dulu mana ada lagi bendakejadah nie..haha.. Persoalan pertama,kenapa dia tanya "nak gelak tak?" sedangkan aku tak penah gelak terbahak-bahak,guling-guling sampai cekang perot depan pompuan..

2. Soalan kedua dia,"It is you on the video?"..Berbalik kepada anggapan aku yg pertama tadi,aku andaikan dia sebagai kwn skolah rendah sebab aku tak kenai dia.. Persoalan kedua,masa skolah rendah kot,mana ada lagi video-video nie..gambar skolah rendah pun yg tangkap ramai-ramai dengan guru besar and cikgu-cikgu. 

3. Soalan last dia,"Want to see?"..Persoalan ketiga,bila dya tanya macam tu,aku jawab nope..means aku tak mau tengok la..tapi dya reply satu link kat aku. Tak paham bahasa ka budak nie? Aku dah kata tak mau,aku tak mau la..jangan dok paksa-paksa..haha.. Dia yang mai speaking english,lepas tu dya yg x paham bahasa..aku tenggg pala satgi haa...

4. Persoalan seterusnya,kenapa english dia english baku? 

Jawapan dia,virus la..hahaha...penat dak baca persoalan-persoalan aku??..haha..

Lepas tu Abg Hensem post kat wall aku pasai virus nie....


Ada sesiap yang dah terkena tak?..Nak remove senang je.. (tapi aku tak penah buat sebab tak penah klik link tu..haha)



Pastikan bukak guna “Notepad”.. Baru boleh bukak dan jumpa ayat tu…
Untuk Windows XP, Vista and Windows 7
C:\WINDOWS\system32\drivers\etc\hosts
Untuk Windows 2000
C:\WINNT\system32\drivers\etc\hosts
Untuk Windows 98/ME
C:\WINDOWS\hosts
STEP 1. mula mula buka My Computer

STEP 2. Copy    perkataan nie
 C:\Windows\System32\drivers\etc\
pastu pastekan dalam address bar di atas sekali tu dan tekan ENTER..

STEP 3. anda nampak kan file yang bernama “hosts” ?open file tu . Right click dan pilih open with Notepad..

bila dah open. Akan keluar file macam ini...


bukak satu-satu files dan cari yang ada tulis :
“127.0.0.1 http://www.facebook.com”
atau yang berkaitan dengannya!
kalau tak menjadi , sila comment ^_^
Sila komen di blog beliau ye.. Aku pun tak paham dia suruh test macam mana..haha.. Aku copy je arahan-arahan dia,tapi gambar,gambar aku sendiri ye..haha..selamat gambar dia tak ley copy je...kalau tak...heee...
Tutorial : Credit to NoThing Special..tutorial yang tak berjaya,maybe..haha...

No comments: